Rendang merupakan hidangan asli bangsa Minangkabau yang menduduki kawasan pegunungan tinggi Sumatera Barat, Indonesia.Rendang disediakan dengan memasak ayam atau daging bersama santan, lada dan banyak rempah-ratus sehingga kering.Namun, rendang khusus amat terkenal dan disajikan di acara-acara seremonial untuk menghormati para tetamu serta pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.Rendang dimakan sebagai lauk bersama lemang, pulut kuning, ketupat palas, ketupat nasi malah juga roti atau diratah makan begitu sahaja. Perisa yang unik yang terdapat pada rendang sungguh digemari oleh orang ramai sehingga diolah menjadi makanan masakan luar seperti spageti, mi dan mi segera, burger dan susyi.

Comments