Posts

Image
Rendang merupakan hidangan asli bangsa Minangkabau yang menduduki kawasan pegunungan tinggi Sumatera Barat, Indonesia.Rendang disediakan dengan memasak ayam atau daging bersama santan, lada dan banyak rempah-ratus sehingga kering.Namun, rendang khusus amat terkenal dan disajikan di acara-acara seremonial untuk menghormati para tetamu serta pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.Rendang dimakan sebagai lauk bersama lemang, pulut kuning, ketupat palas, ketupat nasi malah juga roti atau diratah makan begitu sahaja. Perisa yang unik yang terdapat pada rendang sungguh digemari oleh orang ramai sehingga diolah menjadi makanan masakan luar seperti spageti, mi dan mi segera, burger dan susyi.
Image
Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau buluh dan dibakar menggunakan api arang.Terdapat pelbagai jenis sate seperti sate ayam,lembu, arnab,perut,pedal,kerang,ikan,ampai-ampai,rusa dan lilit.Sate turut disertakan nasi dalam ketupat.Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba.Sate juga dihidang dengan bawang merah dan timun.
Image
Roti canai ialah roti kudapan India yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Roti canai dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Roti canai sering kali dimakan bersama dengan teh tarik atau teh ais.Roti canai biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau kari dengan sambal ikan bilis.Penggunaan perkataan canai di belakang roti adalah hasil daripada tingkah laku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti.Selain itu, perkataan canai berasal daripada nama bandar Chennai di India disebabkan oleh ramai pencanai roti ini kebanyakan berasal dari India ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Image
  Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu yang terdapat di semua bahagian Malaysia,Singapura,Indonesia terutama di Riau,Jambi serta utara dan pantai timur Sumatera dan Brunei.Sajian ini merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala, daun pandan wangi dimasukkan semasa nasi dimasak bagi menambahkan aromanya.Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur,timun,ikan biilis goreng,kacang goreng,kacang goreng dan sambal.Pelbagai lauk boleh dihidangkan bersama nasi lemak seperti ayam goreng,sambal sotong,sambal kerang dan sebagainya.
Selamat sejahtera semua.Nama saya ialah Arvind.Hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan makanan tradisional Malaysia dalam blog saya.Saya berharap blog ini bermanfaat dan pembaca-pembaca blog ini dapat mencuba semua makanan tradisional yang saya promosikan dalam blog saya.